• Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2016

          •  

            Pada 31 Disember 2015 (Khamis), telah berlansungnya pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2016. Ramai ibu bapa dan pelajar yang hadir pada hari tersebut untuk mendaftar kelas di samping membeli peralatan di koperasi dan mengambil buku teks bagi persediaan sebelum bermulanya persekolahan. Pada 9.00 pagi, Pn Mahani binti Muhit, pengetua SMK Seri Pinang telah menyampaikan amanat kepada bakal pelajar-pelajar tingkatan 1 tahun 2016. Seterusnya, taklimat berkaitan PBS telah disampaikan oleh Pn Nurdiyana bt Md Khairudin. Pada 9.30 pagi, semua ibu bapa dan pelajar telah pergi ke kelas yang telah ditetapkan bagi tujuan pendaftaran.

          • Pendaftaran Perdana untuk Pelajar Tingkatan 2,3,4 & 5 tahun 2016

          • Pada 30 Disember 2015 (Rabu), semua pelajar-pelajar SMK Seri Pinang tahun 2016 telah hadir ke sekolah untuk mendaftar bagi tahun 2016. Pelajar-pelajar akan membeli segala peralatan persekolahan di koperasi sekolah dan seterusnya membersihkan kelas masing-masing. Selamat Datang 2016, kami sayang SMK Seri Pinang.

          • PROGRAM MEMBUDAYAKAN ILMU NILAM 2015

          • MEMBACA AMALAN MULIA

            Pada 5 April 2015 (ahad) telah berlansungnya Program Membudayakan Ilmu Nilam yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber SMK Seri Pinang bagi tahun ini. Program ini telah dirasmikan oleh Pn Jamilah binti Jelani, NYDP PIBG SMK Seri Pinang ini bertujuan membina tabiat membaca dan memperkaya maklumat dalam kalangan murid sekolah. Program ini akan berlansung dari bulan April sehingga bulan Julai. Pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya Program Nilam, Folio Bertema, Melukis Logo pusat sumber sekolah, kursus dashboard dan Kempen Jom Membaca.

             

          • HARI KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SMKSP KALI KE-13

          • TAHNIAH KEPADA SEMUA ATLET

            Pada 26 Februari 2015 (Khamis) telah berlansungnya acara tahunan sekolah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar mahupun guru. Hari Kejohanan Sukan dan Balapan SMKSP Kali Ke-13 telah berlansung dengan jayanya di Stadium Bandar Tenggara. Acara kejohanan dimulakan dengan perbarisan semua ahli unit beruniform diikuti dengan perbarisan yang sungguh cantik dan meriah dari setiap rumah sukan iaitu satria, saga, waja dan wira. Hari kejohanan ini telah dirasmikan oleh En Johan yang merupakan pegawai Kokurikulum dari PPD Kulaijaya. Berikutnya, acara diteruskan lagi dengan acara balapan 100m, 4x100m dan 4x400m bagi semua kategori. Rumah WIRA telah menjuarai acara kejohanan ini diikuti rumah waja, saga dan satria. Rumah WIRA juga sekali lagi telah memenangi perbarisan rumah sukan tercantik dan pasukan terbaik sepanjang acara kejohanan ini berlansung. Semoga semangat kesukanan yang wujud akan memberi impak kepada keberhasilan pelajar.

             

          • PRA KEJOHANAN SUKAN SMK SERI PINANG KALI KE-13

          • Pada 25 Februari 2015 (Rabu) telah berlansungnya Pra-Kejohanan Sukan SMK Seri Pinang Kali Ke-13 di Stadium Bandar Tenggara. 4 buah rumah sukan iaitu Wira, Waja, Saga dan Satria telah bertanding untuk mengumpul mata bagi di bawa keesokkannya harinya iaitu hari Kejohanan Sukan dan Balapan SMK Seri Pinang Kali Ke-13. Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah acara balapan 200m, 400m, 800m dan 1500m. Manakala bagi acara padang pula ialah lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru dan rejam lembing. Terdapat 3 kategori bagi setiap bahagian iaitu kategori lelaki dan perempuan 13, lelaki dan perempuan 15 serta lelaki dan perempuan 18. 

            "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

          • MAJLIS PELANCARAN KEHADIRAN PENUH 100% PONTENG SIFAR

          • KAMI SAYANG SEKOLAH

            Pada 1 Februari 2015, unit disiplin dengan kerjasama unit bimbingan & kaunseling, SMKSP telah melancarkan "Program Kehadiran Penuh 100% Ponteng Sifar" bagi ke semua pelajar SMK Seri Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Puan Mahani binti Muhid. Pelbagai strategi program ponteng sifar telah dirancang antaranya menyediakan buku rekod kawalan pelajar, mengenakan tindakan disiplin kepada pelajar ponteng dan seisi kaunseling secara individu mahupun berkelompok. Semoga dengan usaha program yang murni ini dapat meningkatkan imej dan sahsiah pelajar-pelajar sekaligus dapat menaikkan imej sekolah.

          • MAJLIS PERPISAHAN PN.SUKINI, PN.NORLIZA, EN.ABDUL RAHMAN & EN.RAZI

          • JASAMU TETAP DI KENANG

            Pada 29 Januari 2015 (Khamis), pihak badan kebajikan guru dan kakitangan (BKGK) telah menganjurkan Jamuan High Tea bersempena Majlis Perpisahan empat orang guru yang telah berkhidmat di SMK Seri Pinang sebelum ini. Majlis perpisahan ini telah dibuat di Restoran Lily Thai, Kulaijaya pada pukul 2.30 petang. Seramai 50 orang guru dan kakitangan sekolah telah hadir menyemarakkan lagi majlis perpisahan ini. Semoga ukhwah yang terjalin sebelum ini kekal hingga ke akhir hayat.

            Malah hari berlagu unggas,

            Memecah kesunyian di dalam hutan,

            Walaupun terpisah tempat dan tugas,

            Budimu tuan dalam ingatan.

             

          • SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT SEKOLAH

          • "PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"

            Pada 29 Januari 2015 (Khamis), SMK Seri Pinang telah menyambut Sambutan Maulidurasul peringkat sekolah bersamaan 1436H di bawah kelolaan unit dakwah. Majlis ini telah menjemput penceramah daripada Tenggaroh, Mersing iaitu Ustaz Nazarudin b Abdul Kadir. Ke semua warga SMK Seri Pinang telah sama-sama menyemarakkan lagi sambutan maulidurasul ini. Tema sambutan maulidurasul pada tahun ini ialah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" di mana sambutan ini disambut bagi mengingati Nabi Muhammad s.a.w bersamaan tanggal 12 Rabiulawal yang merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia.

          • KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

          • SEMANGAT KESUKANAN ASAS KEJAYAAN

            Pada rabu lepas (28.01.2015), SMKSP dengan jayanya telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah di bawah kelolaan unit sukan, SMKSP. Lokasi larian merentas desa adalah sekitar kawasan perumahan berhampiran sekolah di mana jaraknya adalah sejauh 1.5km. Sebelum kejohanan ini, pelajar-pelajar telah dua kali membuat latihan "road-run" untuk memberi gambaran kepada mereka. Ke semua pelajar SMKSP dari tingkatan 1 hingga tingkatan telah turut serta di dalam kejohanan merentas desa ini. Guru-guru SMKSP turut terlibat antaranya menjaga check-point bagi setiap kawasan yang telah ditetapkan. Acara ini telah memangkin semangat pelajar-pelajar untuk berjaya di samping dapat menyihatkan tubuh badan.

            OTAK CERGAS, BADAN SIHAT

          • SELAMAT DATANG KEPADA 7 ORANG GURU BARU KE SMKSP

          • SEIRING SELANGKAH MENDIDIK ANAK BANGSA SMKSP

            Seramai 7 orang guru baru telah melaporkan diri sebagai warga pendidik SMKSP pada 21 Januari 2015. Mereka terdiri daripada pelbagai bidang yang dapat melengkapkan kekosongan guru sebelum ini terutama di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan pembelajaran 21st century education. Semoga hubungan ukhwah yang terjalin dengan seluruh warga SMK Seri Pinang dapat meningkatkan lagi potensi individu dan sahsiah pelajar-pelajar SMKSP.  smiley

          • PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

          •  

            BANTUAN DIHULUR MENGIKAT TALI PERPADUAN

            Pada 14 Januari 2015, seluruh pelajar SMK Seri Pinang telah menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang. Berteraskan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa kepada para pelajar SMK Seri Pinang yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat. Seperti tahun lalu, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga.

             

          • LATIHAN ROAD RUN PERINGKAT SEKOLAH

          •  

            LANGKAH PERJUANGAN INI BARU BERMULA

            Pada 12 Januari 2015,merupakan latihan pertama bagi acara merentas desa peringkat sekolah.  Latihan merentas desa pertama ini diadakan pada pukul 3.30 petang.  Larian ini diadakan bertujuan  sebagai pendedahan awal dalam usaha mempersiapkan diri bagi acara Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2015. Larian sejauh 1.5 kilometer ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga sekolah. Secara keseluruhannya, semua peserta latihan merentas desa berasa gembira kerana berpeluang menyertai larian itu yang disifatkan sebagai satu aktiviti sihat serta dapat mencergaskan tubuh badan dan minda.

             

          • PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG 2015

          • SEKOLAH ITU DUNIAKU

            Pada Isnin 11 Januari 2015, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program Sekolah Penyayang. Program ini menetapkan matlamat strategik untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan sahsiah diri murid menjadi lebih baik. Objektifnya pula ialah 100% warga SMKSP mengamalkan budaya sekolah penyayang, 100% warga SMKSP menerapkan nilai-nilai murni dan 100% warga SMKSP dapat mengembangkan potensi diri ke arah lebih menyeluruh. Antara program Sekolah Penyayang ialah menyambut kehadiran murid di pintu pagar, bersalaman dengan sahabat guru, staf dan murid-murid (sama jantina), pemberian cenderahati dan risalah Selamat Datang, memberi pujian, galakan dan penghargaan kepada murid-murid, menyambut hari lahir murid dan Anugerah Khas Guru sempena Hari Guru yang akan datang. Semoga dengan adanya program ini mampu menjadi penggalak dan motivasi murid-murid untuk hadir ke sekolah. 

          • PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 2015

          • LANGKAH PERTAMA TOK MELAKAR KEJAYAAN

            Pada 11 dan 12 Januari 2015 telah diadakan Program Orientasi untuk murid Tingkatan 1 2015. Program ini telah dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan bantuan fasilitator dari Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah. Murid-murid Tingkatan 1 telah didedahkan dengan pelbagai ilmu baharu bersesuaian dengan situasi mereka yang baru sahaja melangkah ke alam persekolahan menengah. Murid-murid telah mengikuti Taklimat Kokurikulum, Taklimat PBS, Taklimat SPBT, Taklimat Perpustakaan dan NILAM, Ceramah Perubahan ke Sekolah Menengah dan Lawatan Sambil Belajar ke Bilik-bilik Khas SMK Seri Pinang. Majlis Penutup Orientasi telah disempurnakan  oleh Pengetua SMK Seri Pinang, Pn Mahani Bt Muhid. Syabas diucapkan kepada PRS SMKSP yang telah mempamerkan kredibiliti mengendalikan program ini dengan jayanya. Selamat memulakan sesi persekolahan menengah kepada murid-murid Tingkatan 1. Semoga dengan kehadiran anda di sekolah ini, SMKSP akan terus melahirkan bintang-bintang yang mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

          • PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2015

          •    

            MENGGENGGAM AZAM MENCAPAI CITA

            Pada 1 Januari 2015, merupakan hari pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1 yang telah terpilih untuk melalui sesi persekolahan 2015 di SMK Seri Pinang. Sesi pendaftaran tersebut telah diuruskan oleh semua guru tingkatan 1 tahun 2015 dan dibantu oleh guru-guru yang lain. Jualan buku tulis serta peralatan persekolahan diadakan  di koperasi sekolah. Manakala permohonan buku teks beroperasi di Bilik SPBT. Pendaftaran dan penyerahan  dokumen-dokumen yang diperlukan telah diadakan di dewan sekolah. Papan kenyataan lengkap dengan informasi dan carta alir turut disediakan untuk memberi panduan kepada ibu bapa atau penjaga  melalui proses pendaftaran anak—anak.

             

        • ~hARi PerTaMa PErSEkoLAhaN~
          • ~hARi PerTaMa PErSEkoLAhaN~

          • Tanggal 11 Januari 2015

            11 Januari (Ahad) merupakan hari pertama persekolahan bagi seluruh warga SMK Seri Pinang bagi tahun 2015. Program "Sekolah Penyayang" membuka tirai tahun 2015 bagi merapatkan lagi hubungan pelajar mahupun ibu bapa dengan warga pendidik SMK Seri Pinang. Pada hari ini, semua pelajar datang ke SMK Seri Pinang dengan azam dan semangat yang baru. Semoga tahun 2015, SMK Seri Pinang membawa sinar yang berkelipan bukan sahaja di Johor bahkan di seluruh Malaysia