JASAMU TETAP DI KENANG
Pada 29 Januari 2015 (Khamis), pihak badan kebajikan guru dan kakitangan (BKGK) telah menganjurkan Jamuan High Tea bersempena Majlis Perpisahan empat orang guru yang telah berkhidmat di SMK Seri Pinang sebelum ini. Majlis perpisahan ini telah dibuat di Restoran Lily Thai, Kulaijaya pada pukul 2.30 petang. Seramai 50 orang guru dan kakitangan sekolah telah hadir menyemarakkan lagi majlis perpisahan ini. Semoga ukhwah yang terjalin sebelum ini kekal hingga ke akhir hayat.
Malah hari berlagu unggas,
Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budimu tuan dalam ingatan.