• Sejarah Penubuhan SMK Seri Pinang

        • SMK Seri Pinang telah dibina pada tahun 2002 berdasarkan konsep "Merekabentuk Membina dan Menyiapkan Projek Sekolah Secara Rundingan Terus, Design and Build". Ia dibina di jalan Tun Abdul Majid Bandar Tenggara berhampiran dengan Felda Sg Sibol. Sekolah ini telah dirasmikan oleh En.Md Hasidin b Zaini, Ketua Unit Kurikulum, JPNJ pada hari pertama persekolahan seisi 2003 iaitu 6 Januari 2003 (Isnin) dan disaksikan oleh Hj Aminuddin b Mohd Sani, penolong pegawai pelajaran Daerah Kulai sektor pengurusan akademik selaku pegawai pengiring.. 

          Murid yang ditempatkan di sekolah ini adalah mereka yang dipindahkan dari SMK Bandar Tenggara berdasarkan lokasi tempat tinggal mereka iaitu dari kawasan Felda Sg Sibol, Felda Penggeli Timur, Felda Inas dan sebilangan pelajar daripada kawasan taman perumahan yang berhampiran. Bilangan keseluruhan ialah 648 orang merangkumi pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4. Mereka ditempatkan di dalam 17 buah kelas. Identiti setiap tingkatan menggunakan perkataan "Pinang" bersempena dengan nama sekolah. 

          Senarai nama pengetua yang berkhidmat di SMK Seri Pinang:

             Pengetua pertama : Pn Hjh Faraded bt Mohd Dom (16 September 2003 - 15 Mei 2005)

             Pengetua kedua    : Tuan Haji Shahrudin b Hj Syariff ( 1Julai 2005 - 15 Mei 2006)

             Pengetua ketiga    : Tuan Haji Naimen b Hj Basar ( 16 September 2006 - 15 April 2008)

             Pengetua keempat : Tuan Haji Aminuddin b Mohd Sani ( 16 Julai 2008 - 12 Jun 2012)

             Pengetua kelima    : Pn Hjh Siti Mariam bt Abdul Rahman ( 18 Disember 2012 - 1 September 2014)

             Pengetua keenam  : Pn Hjh Sukini bt Dahalan ( 30 Ogos 2014 - 1 Disember 2014)

             Pengetua terkini     : Pn Mahani bt Muhid ( 1 Januari 2015 sehingga kini )